Pages

Recurring Dreams ( part ii )

Assalammualaikum,


Kesinambungan ( Recurring Dreams [part i] )

Kali ini aku nak cerita pasal mimpi yang sama, yaitu ayam zombie. Tapi ni lain sikit. Yang ni versi The Maze Runner sikit. Cakap pasal Maze Runner ni kan... Oh My Gawd!! Dylan is too hot!! Thomas Sangster! Oh My! Oh My! And Ki Hong Lee too!~ Antara ketiga-tiga pelakon The Maze Runner ni, aku paling nak jumpa Hong Lee! Aku suka tengok senyuman dia. Hoho~

[[ Dylan O'Brien]]

[[ Thomas Sangster ]]

[[ Ki Hong Lee ]]

Oh My Gawd!! Hensemnya!! *mood fangirling*

Okay, dah lari tajuk. Kembali kepada tajuk! Kali ini aku bukan berada kat arcade *rujuk post yang sebelum ni kalau nak tahu* tapi, aku berada kat dalam sebuah bangunan kosong. Memang sunyi habis. Yang bestnya mimpi aku kali ni, family aku ada!! Hooray! But.. yang aku ingat cuma kakak aku je. Hahaha. 

Aku guna lampu suluh sebab tak nampak pape pun kat dalam tu. Malam-malam pula tu. Tak pasal dapat goosebumps. Dengan bantuan lampu suluh, aku dapatlah tengok kawasan sekeliling dengan agak jelas. Lampu suluh mari mana aku tak tahu. Terlintas dalam fikiran pasal lampu suluh. Tut! Tut! Ada kat tangan. Hahaha. Hebat! Apa yang kita fikir terus dapat dalam mimpi. Daebak! 

Makin lama aku berada kat dalam bangunan tu, makin sejuk pulak rasanya. Oh ya! Baru aku ingat! Kawasan luar bangunan tu semuanya.. PASIR!! Rasa macam ada kat padang pasir pulak. Hakikatnya, memang padang pasir pun! I'm wondering apa yang ada kat dalam bangunan tu. Aku jalan-jalan kat dalam bangunan tu dan tiba-tiba, aku dengar macam ada 'benda' kat belakang perabot tu. Aku pergi lah kat sana sebab nak check. Baru setengah jalan nak gi kat sana, 'benda tu melompat daripada 'tempat persembunyiannya'. Korang rasa benda tu apa? Huhu~ Ayam ZOMBIE!!!

Seekor demi seekor keluar. Bau mangsa kot. Akulah mangsanya!! Cabut!!!! Aku lari sampai lah kat jalan mati. Argh eotteokhae? Apa yang patut aku buat? Ayam tu semakin lama semakin dekat. Dan akhirnya, aku dikerumuni oleh ayam-ayam yang dirasut zombie tu. Then, seekor ayam nak terkam aku. Disebabkan terlalu panik, aku bagi fly-kick kat ayam tu. Woah! Jauh jugak ayam tu tercampak. Ayam-ayam tu bertindak lebih ganas dengan serang aku sekaligus. Entah dari mana datangnya keberanian aku untuk menyepak ayam-ayam tak guna ini. Selepas semua ayam tu tercampak, aku mengambil kesempatan ni untuk lari. Sebab, ayam tu bangun balik.

Selepas berjaya melarikan diri daripada ayam tak guna tu, aku terjumpa satu pintu. Tanpa sebarang kecurigaan, aku buka pintu tu. Oh yeah, aku silap buka. Dan aku kena tangkap. Dorang bawak aku kat tempat yang lebih selamat. Tanpa ayam! Tapi tak sangka pulak, kat sana aku pulak yang jadi zombie. Kes balas dendam lah ni. Dorang masakkan ayam goreng, ayam masak merah, kari ayam, gulai ayam dan serba serbi ayam. Aku pulak tengah kebuluran masa tu. Makan je lah. Padan muka sebab gatal sangat nak serang aku. Kang dah kena! Kahkahkah

Tamat sudah


p/s : Kesimpulannya, aku berfirasat, aku mimpi pasal ayam selepas ada beberapa ekor ayam milik siapa entah ceroboh kawasan aku.









No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS