Pages

Recurring Dreams ( part i)



Aku tahu mimpi tu cuma mainan tidur. Tapi.. aku tak boleh. Mimpi pasal zombie ni menakutkan!! Ini sudah kali ke-6 aku mimpi yang sama. Mimpi ni berulang-ulang. Dan semenjak aku mengalami mimpi ngeri ni, aku start takut ayam. Ehem ehem, ayam yang masih hidup sahaja, okay. Kalau yang dah urk tu, dah lama selamat dalam perut aku. 

p/s : Jangan salah faham. I mean 'ayam yang sudah dimasak'


Nyum nyum~ sedapnya ayam goreng!~

Siapa di dalam dunia tak suka ayam? Ada ke? Ada ke? Hmm. That's impossible ada orang yang tak suka ayam. Kalau ada pun, mesti yang alergik ke ada kenangan silam dengan ayam ke *erk*. Okaylah, aku merapu saje. Topik pasal mimpi aku yang berulang tapi tetiba cakap pasal ayam goreng. Aku punya pasal lah ni.

Ceritanya macam ni~

Pada satu malam yang hening, aku pergi satu arcade. Aku mainlah satu permainan ni. Pasal ayam. Tak tahu pulak game tu pasal ayam jadi zombie. Aku pun pilih je game tu. Main je game tu, aku terus rase bosan. Aku pun nak main lah game lain. Pusing je belakang.. kawasan yang tengah duduk tu berubah. Dari arcade jadi kawasan hutan. 

Scary gila. Tak silap aku, aku ada geng dalam mimpi tu. Aku sendiri tak kenal siapa dia. Perempuan atau lelaki aku tak tahu. Speechless gila aku masa tu. Tiba-tiba, aku dengar bunyi ayam berkokok. Cara dia berkokok tu, lain sangat. Creepy nak abis. Aku tengok kawasan sekeliling. Ada lah seekor keluar daripada semak hamun tu. Muka ayam tu? Aku sendiri takut nak kata. Memang scary gila!

Aku pun apa lagi? Lari pecut lah! Aku lari, lari dan lari sehinggalah jumpa satu pondok pengawal *semua mimpi aku wajib ada pondok pengawal hahaha*. Aku ketuklah pintu sebab nak masuk. Tapi tak ada orang yang buka. Aku pusing belakang. Semakin banyak ayam yang kejar aku. Lagi tambah takut lah aku. Aku panjat atas pokok. Lompat-lompat sebab nak bagi pengawal tu buka pintu. Pengawal tu perasan kehadiran aku, tapi dia tak buka pun pintu. Dia bagi senyuman kat aku. Dan bagi aku, ia menakutkan!

Aku buat keputusan nak lari saja. Sebab aku tahu pengawal tu tak betul. Dalam mimpi tu, aku tahu yang pengawal tu reka ayam zombie. Dan, pengawal tu orang jahat. Geng aku pula hilang. Watak dia sekejap je dalam mimpi aku. Lepas tu, hilang. Hilang entah ke mana lah dia tu. Aku tak tahu nak fikir masa tu. Yang aku tahu, cuma lari. Ayam tu boleh tahan laju jugak. Tapi, aku lagi laju. *proud*

HABIS MIMPI YANG PERTAMA




No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS