Pages

나는 미쳤다




 Assalammualaikum

Naneun michyeossda? It means > I'm crazy?<

Tajuk utama pada hari ini adalah '나는 미쳤다'. 

Parents aku dan adik-beradik aku yang lain keluar jejalan kat Kuantan. Disebabkan kemalasan yang melanda aku sejak kebelakangan ini, aku tak join dorang sume. 


Aku lebih suka lepak kat rumah daripada pergi jalan-jalan. Percaya tak kalau aku cakap sudah 14 tahun aku tak keluar rumah dan bergaul dengan jiran-jiran aku. Bukannya aku sombong cuma aku rasa malas nak keluar rumah. Actually, aku menyampah dengan jiran-jiran aku. Aku ni bukan jenis yang kuat social. Jiran-jiran aku tu semua yang jenis kuat social. Tak pakai tudung, pakai pakaian yang ketat, tak solat. Bayang la masa kat pusat banjir tahun lepas *aku duduk kat tingkat atas so aku boleh nampak semua perbuatan orang yang duduk kat bawah* aku tengok kat bawah tak ade orang pun yang solat. Ada memang ada tapi segelintir je.

Aku rasa nak menangis bila teringat pasal tu. Jiran-jiran aku yang duduk kat atas semua buat alasan tak boleh solat. Aku buat reaction 'what the' bila satu keluarga tak boleh solat . Huh? Nak tegur, aku ni pulak jenis yang kurang bertegur sapa. Aku tak boleh nak buat apa-apa jugak sebab dia dah kata yang dia tak boleh solat takkan nak paksa jugak kan? Kita manalah tahu kot-kot dia betul-betul tak boleh solat. Aku cuma fikir perkara yang positif je la masa tu.

Oh my! Sekali lagi kita lari daripada topik.! Kembali kepada aku tak join dorang. Jadi, tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Fakta tentang aku, bila tak ada orang kat rumah mesti aku akan menggila. Nak nak tadi. Aku nak try buat 뽑기. 뽑기 - bbopgi.



 Bbopgi tu adalah sejenis gula-gula traditional orang Korea. Lagipun gula-gula tu dijamin halal sebab bahan-bahan dia cuma gula dan baking powder. Aku try lah buat sebab nampak macam senang je. Aku ambil senduk mak aku punya pastu letak sesudu gula. Stir sampai gula tu cair dan berwarna keperangan. Lepas tu, cepat-cepat letak baking powder. Gula yang berwarna perang tadi aku bertukar warna menjadi seperti caramel. Okay, bahagian tu aku jadi tapi disebabkan senduk tu aku dekatkan sangat dengan api jadi gula tu terbakar lepas letak baking powder. Lebih teruk lagi, senduk mak aku ada kesan hangus. Uwaa. Kalau mak aku tahu, mampus aku!

Mulalah kerja membasuh kotoran yang sangat degil tu. Tak hilang jugak! Aku ambil pisau, aku kikis kesan hangus tu. Btw, kalau korang ada tips sila komen kat bawah. Disebabkan kesan tu tak hilang, aku fikir nak lempar jauh-jauh senduk tu tapi aku takut mak aku tercari-cari senduk tu pastu aku yang kene marah sebab aku sorang je lah suspek kat rumah tu T^T Jadi, aku letak senduk tu kat tempat yang tersorok. Tamat pasal membuat bbopgi.

Seterusnya, aku buat resipi baru. Banana Salad! Boleh tahan sedap jugak aku buat. *puji diri sendiri nampak* 


Aku potong banana tu sebijik macam dalam gambar kat atas. Hasilnya amat memuaskan. Lain kali, kalau ada masa lagi, aku nak buat sekali lagi. Lagi best kalau guna chocolate. Jadi, banana chocolate. Tapi, aku buat chocolate then letak kurma kat dalam. Lepas habis je makan kurma tu, aku pergi buang coklat tu. Alahai pabonya aku. Asalnya, aku tak perasan langsung mak aku beli banana. Masa aku nak mandi tu, aku perasan ada beg plastik kat atas meja. Aku buka dan.... it's a bunch of bananas! Aku rasa membazir gila buang coklat tadi. Dahlah punya lama nak ke cair coklat tadi, pastu aku dengan senang lenangnye pergi buang! Pabonya! Disebabkan ada mayonnaise kat dalam peti sejuk, jadi aku gunakan untuk buat salad. So sedap! Huhu tamat pasal banana salad.

Selepas habis makan banana salad tu, aku rasa bosan pulak sebab tak ada apa-apa yang menarik boleh buat dalam rumah ni. Tetiba terlintas kat fikiran nak karaoke. Menyanyi menggunakan app pengubah suara. Aku search kat pakcik Google apa-apa app yang boleh ubah suara jadi lebih sedap. Jumpalah satu app yang dikenali sebagai 'Voice Changer'. Tapi aku tak nak yang tu. Aku nak pengubah suara yang macam penyanyi. Carian yang kedua, aku terjumpa lah satu app ni 'Perfect Vocal Free'. Boleh tahan best jugak app ni. Sebab aku boleh ubah suara aku jadi macam penyanyi. Suara aku yang real bukannya tak sedap, cuma aku nak sedapkan lagi suara aku. Haha *puji diri sendiri lagi*. Aku pun download lah app tu. Habis je download terus buka. Mula-mula aku nyanyi lagu, Shawn Mendes-Imagination. Try dengar. Apa ke babeh ni.? Suara macam robot. Sound effect lagu Luhan- Adventure Time. Lebih kurang macam tu lah. Tapi yang Luhan tu kurang sikit robotic. Yang aku ni very robotic. Check kat setting dia, ada most robotic, very robotic, slightly roboty, leastly robotic. Btw, pitch shift tu apa? Kalau korang tahu, komenlah ye. Tanya pakcik Google, dia kata tak tahu. 

Tamat sudah topik kita pada hari ini. Nasib baik aku tak menari kalau tak. Keke. Tak tau lah apa yang akan terjadi. Aku memang tak boleh duduk sorang-sorang kat rumah. Sebab ada aje aktiviti yang gila aku cuba nak buat. Banyak benda dah aku rosakkan dan mak aku tak tahu sampai sekarang. Nasib aku baik sebab mak aku tak terfikir pasal senduk. Kalau mak aku marah, aku nak kata macam ni "Ala, senduk je kut. Kekgi kita gantilah balik" Hahaha. Tapi benda yang aku cakap, aku selalu laksanakan, okay. 

p/s : Jangan jadi macam aku^^





























1 comment:

  1. Tak boleh solat sebab duduk kat pusat bantuan banjir??? dunia akhir zaman....

    ReplyDelete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS